Pergi ke kandungan

Proxima Centauri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Proxima Centauri

Imej berwarna palsu Teleskop Angkasa Hubble WFPC2 yang ditangkap pada tahun 2013. Garis cerah merupakan garis belauan (diffraction spike).
Data cerapan
Epok J2000.0      Ekuinoks J2000.0 (ICRS)
Buruj Centaurus
Jarak hamal 14j 29m 42.946s[1]
Keserongan −62° 40′ 46.16″[1]
Magnitud ketara (V)10.43 – 11.11[2]
Ciri-ciri
Tahap evolusi Jujukan utama
Jenis spektrum M5.5Ve[3]
Jenis bolehubah UV Cet + BY Dra[2]
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)−22.204±0.032[4] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: −3781.741 mas/thn[1]
Dec.: 769.465 mas/thn[1]
Paralaks (π)768.0665 ± 0.0499 mas[1]
Jarak4.2465 ± 0.0003 tc
(1.30197 ± 8.0E-5 pc)
Magnitud mutlak (MV)15.60[5]
Orbit[4]
UtamaAlpha Centauri AB
PendampingProxima Centauri
Tempoh (P)547,000+6,600
−4,000
thn
Paksi separa utama (a)8,700+700
−400
 AU
Keeksentrikan (e)0.50+0.08
−0.09
Kecondongan (i)107.6+1.8
−2.0
°
Longitud nod (Ω)126±5°
Epok periastron (T)+283+59
−41
Hujah periastron (ω)
(sekunder)
72.3+8.7
−6.6
°
Perincian
Jisim0.1221±0.0022[4] M
Jejari0.1542±0.0045[4] R
Kekilauan (bolometrik)0.001567±0.000020[6] L
Kekilauan (visual, LV)0.00005[nb 1] L
Had dalaman zon boleh huni0.03731±0.0075 au[7]
Had luaran zon boleh huni0.088±0.017 au[7]
Graviti permukaan (log g)5.20±0.23[8] cgs
Suhu2,992+49
−47
[6] K
Kelogaman [Fe/H]0.21[9][nb 2] dex
Putaran83.2±1.6[7] hari
Halaju putaran (v sin i)< 0.1[12] km/s
Umur4.85[13] Gyr
Penamaan lain
Alf Cen C, Alpha Centauri C, V645 Centauri, GJ 551, HIP 70890, CCDM J14396-6050C, LFT 1110, LHS 49, LPM 526, LTT 5721, NLTT 37460[14]
Rujukan pangkalan data
SIMBADdata
Arkib Eksoplanetdata
ARICNSdata

Proxima Centauri merupakan bintang terdekat dengan Bumi selepas Matahari, terletak pada jarak 4.25 tahun cahaya di buruj selatan Sentaur. Ditemui pada tahun 1915 oleh Robert Innes, ia merupakan sejenis bintang kecil berjisim rendah yang terlalu samar untuk dilihat dengan mata kasar, dengan magnitud ketara 11.13. Proxima Centauri merupakan sebahagian daripada sistem najam Alpha Centauri, yang dikenal pasti sebagai komponen Alpha Centauri C, dan berada pada 2.18° daripada arah barat daya pasangan AB Alpha Centauri. Ia kini berada pada kedudukan 12,950 AU (0.2 ly) daripada pasangan bintang AB, yang ia mengorbit dengan tempoh kira-kira 550,000 tahun. Nama Latinnya bermaksud 'bintang terdekat Centaurus'.

Proxima Centauri ialah sejenis bintang kerdil merah dengan jisim kira-kira 12.5% daripada jisim Matahari (M), dengan ketumpatan purata kira-kira 33 kali ganda berbanding Matahari. Disebabkan oleh jarak Proxima Centauri dengan Bumi, diameter sudutnya boleh diukur secara langsung. Diameter sebenar adalah kira-kira satu pertujuh (14%) diameter Matahari. Walaupun ia mempunyai kilauan purata yang sangat rendah, Proxima Centauri merupakan sejenis bintang suar yang mengalami peningkatan kecerahan secara dramatik dan rawak disebabkan aktiviti magnetiknya. Medan magnet bintang tersebut dicipta melalui perolakan di seluruh jasad najam, dan aktiviti suar yang terhasil menjana jumlah pancaran sinar-X yang serupa dengan yang dihasilkan oleh Matahari. Percampuran dalaman bahan apinya melalui perolakan terasnya dengan kadar pengeluaran tenaga yang agak rendah, menjadikannya berupaya untuk kekal sebagai bintang jujukan utama selama empat trilion tahun lagi.

Proxima Centauri mempunyai dua planet luar suria yang diketahui dengan satu calon planet luar suria: Proxima Centauri b, Proxima Centauri d dan Proxima Centauri c yang dipertikaikan.[nb 3] Proxima Centauri b mengorbit bintang pada jarak kira-kira 0.05 AU (7.5 juta km) dengan tempoh orbit kira-kira 11.2 hari Bumi. Anggaran jisimnya sekurang-kurangnya 1.06 kali ganda berbanding Bumi.[7] Proxima b mengorbit dalam zon boleh didiami Proxima Centauri, dengan julat suhu yang sesuai untuk air cecair wujud di permukaannya, namun disebabkan oleh Proxima Centauri itu sendiri merupakan najam kerdil merah dan bintang suar, kebolehdiaman planet ini berkemungkinan besar tidak dapat ditentukan. Sebuah lagi planet sub-Bumi yang bernama Proxima Centauri d terletak pada kira-kira 0.028 AU (4.2 juta km) mengorbit bintangnya setiap 5.1 hari. Satu lagi calon planet sub-Neptun yang bernama Proxima Centauri c mengorbit pada kedudukan kira-kira 1.5 AU (220 juta km) daripada Proxima Centauri setiap 1,900 h (5.2 yr).[15][16]

Nota huraian

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ From knowing the absolute visual magnitude of Proxima Centauri, , and the absolute visual magnitude of the Sun, , the visual luminosity of Proxima Centauri can therefore be calculated:
  2. ^ If Proxima Centauri was a later capture into the Alpha Centauri star system then its metallicity and age could be quite different to that of Alpha Centauri A and B. Through comparing Proxima Centauri to other similar stars it was estimated that it had a lower metallicity, ranging from less than a third, to about the same, of the Sun's.[10][11]
  3. ^ Nama planet luar suria ditetapkan mengikut konvensyen penamaan Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengikut susunan abjad bagi tarikh penemuan masing-masing, dengan 'Proxima Centauri a' sebagai bintang itu sendiri.
  1. ^ a b c d Vallenari, A.; dll. (Gaia collaboration) (2023). "Gaia Data Release 3. Summary of the content and survey properties". Astronomy and Astrophysics. 674: A1. arXiv:2208.00211. Bibcode:2023A&A...674A...1G. doi:10.1051/0004-6361/202243940. S2CID 244398875 Check |s2cid= value (bantuan). Invalid |mode=Ralat Lua pada baris 14 di Modul:Citation_mode: attempt to index field 'global_cs1_config_t' (a nil value). (bantuan) Gaia DR3 record for this source at VizieR.
  2. ^ a b Samus', N. N; Kazarovets, E. V; Durlevich, O. V; Kireeva, N. N; Pastukhova, E. N (2017). "General catalogue of variable stars". Astronomy Reports. GCVS 5.1. 61 (1): 80. Bibcode:2017ARep...61...80S. doi:10.1134/S1063772917010085. S2CID 125853869.
  3. ^ Bessell, M. S. (1991). "The late-M dwarfs". The Astronomical Journal. 101: 662. Bibcode:1991AJ....101..662B. doi:10.1086/115714.
  4. ^ a b c d Kervella, P.; Thévenin, F.; Lovis, C. (2017). "Proxima's orbit around α Centauri". Astronomy & Astrophysics. 598: L7. arXiv:1611.03495. Bibcode:2017A&A...598L...7K. doi:10.1051/0004-6361/201629930. ISSN 0004-6361. S2CID 50867264. Separation: 3.1, left column of page 3; Orbital period and epoch of periastron: Table 3, right column of page 3.
  5. ^ Benedict, G. Fritz; Chappell, D.W.; Nelan, E.; Jefferys, W.H.; van Altena, W.; Lee, J.; dll. (1999). "Interferometric astrometry of Proxima Centauri and Barnard's Star using Hubble Space Telescope fine guidance sensor. 3: Detection limits for substellar companions". The Astronomical Journal. 118 (2): 1086–1100. arXiv:astro-ph/9905318. Bibcode:1999AJ....118.1086B. doi:10.1086/300975. S2CID 18099356.
  6. ^ a b Pineda, J. Sebastian; Youngblood, Allison; France, Kevin (September 2021). "The M-dwarf Ultraviolet Spectroscopic Sample. I. Determining Stellar Parameters for Field Stars". The Astrophysical Journal. 918 (1): 23. arXiv:2106.07656. Bibcode:2021ApJ...918...40P. doi:10.3847/1538-4357/ac0aea. S2CID 235435757 Check |s2cid= value (bantuan). 40.
  7. ^ a b c d Suárez Mascareño, Alejandro; Artigau, Étienne; dll. (29 July 2025). "Diving into the planetary system of Proxima with NIRPS: Breaking the metre per second barrier in the infrared". Astronomy & Astrophysics. 700: A11. arXiv:2507.21751. Bibcode:2025A&A...700A..11S. doi:10.1051/0004-6361/202553728.
  8. ^ Ségransan, Damien; Kervella, Pierre; Forveille, Thierry & Queloz, Didier (2003). "First radius measurements of very low mass stars with the VLTI". Astronomy & Astrophysics. 397 (3): L5–L8. arXiv:astro-ph/0211647. Bibcode:2003A&A...397L...5S. doi:10.1051/0004-6361:20021714. S2CID 10748478.
  9. ^ Schlaufman, K.C. & Laughlin, G. (September 2010). "A physically-motivated photometric calibration of M dwarf metallicity". Astronomy & Astrophysics. 519: A105. arXiv:1006.2850. Bibcode:2010A&A...519A.105S. doi:10.1051/0004-6361/201015016. S2CID 119260592.
  10. ^ Passegger, Vera Maria; Wende-von Berg, Sebastian & Reiners, Ansgar (March 2016). "Fundamental M-dwarf parameters from high-resolution spectra using PHOENIX ACES models: I. Parameter accuracy and benchmark stars". Astronomy & Astrophysics. 587: A19. arXiv:1709.03560. Bibcode:2016A&A...587A..19P. doi:10.1051/0004-6361/201322261. ISSN 0004-6361. S2CID 10458151.
  11. ^ Feng, F.; Jones, H. R. A. (January 2018). "Was Proxima captured by Alpha Centauri A and B?". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 473 (3): 3185−3189. arXiv:1709.03560. Bibcode:2018MNRAS.473.3185F. doi:10.1093/mnras/stx2576. S2CID 55711316.
  12. ^ Collins, John M.; Jones, Hugh R. A.; Barnes, John R. (June 2017). "Calculations of periodicity from Hα profiles of Proxima Centauri". Astronomy & Astrophysics. 602. A48. arXiv:1608.07834. Bibcode:2017A&A...602A..48C. doi:10.1051/0004-6361/201628827. S2CID 18949162. See section 4: "the vsini is probably less than 0.1 km/s for Proxima Centauri".
  13. ^ Kervella, Pierre; Thevenin, Frederic (March 15, 2003). "A family portrait of the Alpha Centauri system: VLT interferometer studies the nearest stars". European Southern Observatory. Dicapai pada May 10, 2016.
  14. ^ "Proxima centauri". SIMBAD. Centre de données astronomiques de Strasbourg.—some of the data is located under "Measurements".
  15. ^ Damasso, Mario; del Sordo, Fabio; Anglada-Escudé, Guillem; Giacobbe, Paolo; Sozzetti, Alessandro; Morbidelli, Alessandro; dll. (15 January 2020). "A low-mass planet candidate orbiting Proxima Centauri at a distance of 1.5 AU". Science Advances. 6 (3): eaax7467. Bibcode:2020SciA....6.7467D. doi:10.1126/sciadv.aax7467. PMC 6962037. PMID 31998838.
  16. ^ Benedict, G. Fritz; McArthur, Barbara E. (16 June 2020). "A moving target: Revising the mass of Proxima Centauri c". Research Notes of the AAS. 4 (6): 86. Bibcode:2020RNAAS...4...86B. doi:10.3847/2515-5172/ab9ca9. S2CID 225798015.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Guillem2017" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "FariaSuárezMascareñoSilva2022" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Gratton2020" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Masc2016" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Suárez MascareñoFaria2020" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Yadav2016" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Guillem2016" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "KervellaArenou2020" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Klein2020" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "ArtigauCadieux2022" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Further reading

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]