Pergi ke kandungan

Bahagian di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahagian ialah bahagian pentadbiran pertama bagi wilayah Sabah dan wilayah Sarawak di Malaysia Timur.

Peta Malaysia Timur di Pulau Borneo berwarna jingga tua

Setiap bahagian dibahagikan kepada daerah-daerah, berbeza dengan negeri di Semenanjung Malaysia yang mana daerah merupakan bahagian pentadbiran pertama bagi negeri secara umumnya.

Setiap kawasan bahagian di Sarawak dan Sabah masing-masing diketuai oleh seorang Pegawai Residen (Resident Officer), manakala setiap kawasan daerah pula diketuai oleh seorang Pegawai Daerah (District Officer).

Sabah Sabah Dibawah Bayu

[sunting | sunting sumber]

Bahagian semasa di Sabah secara umumnya diwariskan daripada bahagian pentadbiran di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Berikutan pemerolehan Borneo Utara di bawah piagam diraja yang dikeluarkan pada 1881, bahagian pentadbiran yang diperkenalkan oleh Baron von Overbeck telah disambung dengan penubuhan dua keresidenan merangkumi Keresidenan Pantai Barat dan Keresidenan Pantai Timur. Pejabat kedua-dua residen terletak di Sandakan, tempat di mana gabenor berpangkalan. Setiap residen, sebaliknya, telah dibahagikan kepada beberapa daerah yang diuruskan oleh seorang pegawai daerah.[note 1][1]

Seiring perkembangan Borneo Utara, bilangan keresidenan telah meningkat kepada lima termasuk: Keresidenan Tawau (juga dikenali sebagai Keresidenan Pantai Timur), Keresidenan Sandakan, Keresidenan Pantai Barat, Keresidenan Kudat, dan Keresidenan Pedalaman; daerah-daerah tersebut pada mulanya dinamakan sempena nama ahli lembaga: Alcock, Cunlife, Dewhurst, Keppel, Dent, Martin, Elphinstone, Myburgh dan Mayne. Residen-residen kanan menduduki Sandakan dan Pantai Barat, sementara tiga residen yang lain dengan keresidenan kelas kedua ditempatkan di Pedalaman, Pantai Timur dan Kudat. Residen Sandakan dan Pantai Barat ialah anggota Majlis Undangan, dewan perundangan bagi syarikat.[2]

Bahagian-bahagian dalam keresidenan diselenggara apabila Borneo Utara menjadi Jajahan Mahkota selepas Perang Dunia Kedua. Pada 16 September 1963, dengan pembentukan Malaysia, Borneo Utara yang mana kemudiannya menjadi negeri Sabah mengambil alih struktur pentadbiran melalui Ordinan Unit Pentadbiran. Pada masa yang sama, Yang di-Pertua Negeri, ketua negeri bagi Sabah, telah diberikan kuasa oleh pemasyhuran untuk membahagikan negeri kepada bahagian dan daerah.[note 2] Pemansuhan istilah keresidenan yang digantikan kepada istilah bahagian dilakukan pada 1976.[3]

Hari ini, bahagian di Sabah hanya untuk makna formal dan tidak lagi membentuk tahap pentadbiran sendiri. Jawatan residen juga dihapuskan, sementara pentadbiran perbandaran Sabah diletakkan di tangan pegawai daerah. Setakat 2022, bahagian-bahagian di Sabah kekal lima buah iaitu Pantai Barat, Pedalaman, Kudat, Sandakan, dan Tawau.

Peta wilayah Sabah

[sunting | sunting sumber]

Perincian

[sunting | sunting sumber]
Bahagian Daerah Ibu Kota Kawasan Majlis Area (km2)
Bahagian Pedalaman Daerah Beaufort Beaufort Majlis Daerah Beaufort 43.6/km2
Daerah Keningau Keningau Majlis Daerah Keningau 42.7/km2
Daerah Kuala Penyu Kuala Penyu Majlis Daerah Kuala Penyu 52.3/km2
Daerah Membakut[nota 1] Membakut Majlis Daerah Beaufort
Daerah Nabawan Nabawan Majlis Daerah Nabawan 4.7/km2
Daerah Sipitang Sipitang Majlis Daerah Sipitang 13.8/km2
Daerah Sook Sook Majlis Daerah Keningau
Daerah Tambunan Tambunan Majlis Daerah Tambunan 23.4/km2
Daerah Tenom Tenom Majlis Daerah Tenom 21.3/km2
Bahagian Kudat Daerah Kota Marudu Kota Marudu Majlis Daerah Kota Marudu 36.3/km2
Daerah Kudat Kudat Majlis Daerah Kudat 67.1/km2
Daerah Pitas Pitas Majlis Daerah Pitas 25.8/km2
Bahagian Sandakan Daerah Beluran Beluran Majlis Daerah Beluran 14.0/km2
Daerah Kinabatangan Kinabatangan Majlis Daerah Kinabatangan 21.7/km2
Daerah Paitan Paitan Majlis Daerah Beluran
Daerah Sandakan Sandakan Majlis Perbandaran Sandakan 193.8/km2
Daerah Telupid Telupid Majlis Daerah Telupid 13.2/km2
Daerah Tongod Tongod Majlis Dearah Kinabatangan 4.3/km2
Bahagian Tawau
Daerah Kalabakan Kalabakan Majlis Daerah Kalabakan 12.4/km2
Daerah Kunak Kunak Majlis Daerah Kunak 60.8/km2
Daerah Lahad Datu Lahad Datu Majlis Daerah Lahad Datu 30.8/km2
Daerah Semporna Semporna Majlis Daerah Semporna 145.5/km2
Daerah Tawau Tawau Majlis Perbandaran Tawau 166.3/km2
Kota Kinabalu Bahagian Pantai Barat Daerah Kota Belud Kota Belud Majlis Daerah Kota Belud 77.4/km2
Daerah Kota Kinabalu Kota Kinabalu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 1,425.7/km2
Daerah Papar Papar Majlis Daerah Papar 121.2/km2
Daerah Penampang Penampang Majlis Daerah Penampang 381.6/km2
Daerah Putatan Putatan Majlis Daerah Putatan 1,720.3/km2
Daerah Ranau Ranau Majlis Daerah Ranau 23.6/km2
Daerah Tuaran Tuaran Majlis Daerah Tuaran 116.4/km2

Sarawak Sarawak Bumi Kenyalang

[sunting | sunting sumber]
  1. Bahagian Kuching
  2. Bahagian Samarahan
  3. Bahagian Sri Aman
  4. Bahagian Sibu
  5. Bahagian Miri
  6. Bahagian Limbang
  7. Bahagian Sarikei
  8. Bahagian Kapit
  9. Bahagian Bintulu
  10. Bahagian Mukah
  11. Bahagian Betong
  12. Bahagian Serian

Peta wilayah Sarawak

[sunting | sunting sumber]

Perincian

[sunting | sunting sumber]
Bahagian Daerah Ibu Kota Kawasan Majlis Area (km2)
Bahagian Betong Daerah Betong Betong Majlis Daerah Betong 23.5/km2
Daerah Kabong Kabong Majlis Daerah Saratok 23.0/km2
Daerah Pusa Pusa Majlis Daerah Betong 20.7/km2
Daerah Saratok Saratok Majlis Daerah Saratok 26.0/km2
Bahagian Bintulu
Daerah Bintulu Bintulu Lembaga Kemajuan Bintulu 89.7/km2
Daerah Sebauh Sebauh Lembaga Kemajuan Bintulu 5.7/km2
Daerah Tatau Tatau Lembaga Kemajuan Bintulu 6.5/km2
Bahagian Kapit Daerah Belaga Belaga Majlis Daerah Kapit[5] 1.2/km2
Daerah Kapit Kapit Majlis Daerah Kapit 9.1/km2
Daerah Song Song, Sarawak Majlis Daerah Kapit 2.5/km2
Daerah Bukit Mabong[6] Bukit Mabong Majlis Daerah Kapit 0.8/km2
Bahagian Kuching Daerah Bau (Daerah) Bau, Sarawak Majlis Daerah Bau 59.6/km2
Daerah Kuching Kuching Dewan Bandaraya Kuching Utara&
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Majlis Perbandaran Padawan
406.7/km2
Daerah Lundu Lundu Majlis Daerah Lundu District 18.5/km2
Bahagian Limbang Daerah Lawas Lawas Majlis Daerah Lawas 9.6/km2
Daerah Limbang Limbang Majlis Daerah Limbang 11.3/km2
Bahagian Miri Daerah Beluru Bakong Majlis Daerah Marudi 5.9/km2[7]
Daerah Marudi Marudi Majlis Daerah Marudi 6.1/km2
Daerah Miri Miri Majlis Daerah Subis
Majlis Perbandaran Miri
48.4/km2
Daerah Subis Subis Majlis Dearah Subis 15.0/km2[8]
Daerah Telang Usan Long Lama Majlis Daerah Marudi 1.8/km2[9]
Bahagian Mukah Daerah Dalat Dalat Majlis Daerah Dalat dan Mukah 23.4/km2
Daerah Daro Daro Majlis Daerah Matu dan Daro 15.9/km2
Daerah Matu Matu Majlis Daerah Matu dan Daro 10.2/km2
Daerah Mukah Mukah Majlis Daerah Dalat dan Mukah 16.7/km2
Daerah Tanjung Manis Belawai Majlis Daerah Matu dan Daro 10.9/km2
Bahagian Samarahan Daerah Sebuyau[nota 2] Sebuyau Majlis Daerah Simunjan
Daerah Gedong[nota 2] Gedong Majlis Daerah Simunjan
Daerah Asajaya Asajaya Majlis Perbandaran Kota Samarahan 110.9/km2
Daerah Samarahan Samarahan Majlis Perbandaran Kota Samarahan[11][12] 315.2/km2
Daerah Simunjan Simunjan Majlis Daerah Simunjan 16.3/km2
Bahagian Sarikei Daerah Julau Julau Majlis Daerah Meradong dan Julau 9.0/km2
Daerah Meradong Bintangor Majlis Daerah Meradong dan Julau 28.2/km2
Daerah Pakan Pakan Majlis Daerah Meradong dan Julau 16.7/km2
Daerah Sarikei Sarikei Majlis Daerah Sarikei 44.7/km2
Bahagian Serian[13] Daerah Serian Serian Majlis Daerah Serian 48.8/km2
Daerah Tebedu Tebedu Majlis Daerah Serian 38.5/km2
Daerah Siburan[nota 2] Siburan Majlis Daerah Serian
Bahagian Sibu Daerah Kanowit Kanowit Majlis Daerah Kanowit 11.0/km2
Daerah Sibu Sibu Majlis Perbandaran Sibu
Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (Sibu Jaya)
111.2/km2
Daerah Selangau Selangau Majlis Daerah Luar Bandar Sibu 5.2/km2
Bahagian Sri Aman Daerah Lubok Antu Lubok Antu Majlis Daerah Lubok Antu 10.7/km2
Daerah Sri Aman Simanggang Majlis Daerah Sri Aman 26.4/km2
Daerah Pantu[nota 2] Pantu Majlis Daerah Sri Aman 13.4/km2
Daerah Lingga [nota 2] Lingga Majlis Daerah Sri Aman

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawatan asal pada mulanya ialah majistret bertanggungjawab.
  2. ^ Pemasyhuran paling terkini ialah pada 2023: Administrative Divisions Proclamation 2022 Diarkibkan 16 Julai 2024 di Wayback Machine.
  1. ^ diwartakan sebagai daerah sah pada 30 Mac 2022[4]
  2. ^ a b c d e new district declared December 2021[10]
  1. ^ Tregonning 1965, m/s. 51.
  2. ^ Owen Rutter (1922). "British North Borneo - An Account of its History, Resources and Native Tribes". Constable & Company Ltd, London. Internet Archive. m/s. 157. Dicapai pada 3 November 2017.
  3. ^ "Interpretation and General Clauses Enactment 1963 [Enactment No. 19/1978] — valid from 1 January 1979" (PDF). Sabah State Attorney's General Chambers. 1963. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 September 2016. Dicapai pada 3 November 2017.
  4. ^ "Membakut now a full district". www.dailyexpress.com.my. 15 October 2023.
  5. ^ Lian Cheng; Peter Sibon (23 January 2016). "Call for Belaga to have own district council". The Borneo Post. Dicapai pada 19 June 2018.
  6. ^ "Launch of Bukit Mabong, Tunoh, Kapit by the Chief Minister of Sarawak". Sarawak Regional Corridor Development Authority. 3 November 2015. Dicapai pada 28 December 2016.
  7. ^ "Rakan Sarawak October 2001". www.sarawak.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-06.
  8. ^ "Laman Web Rasmi Majlis Daerah Subis".
  9. ^ "'Telang Usan District Office a game changer'". 7 October 2015.
  10. ^ "INFOGRAPHICS: NEW DISTRICTS IN SARAWAK". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). 13 December 2021.
  11. ^ Lian Cheng (11 November 2016). "It's Kota Samarahan Municipal Council effective today". The Borneo Post. Dicapai pada 19 June 2018.
  12. ^ "Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kota Samarahan". mpks.sarawak.gov.my.
  13. ^ Samuel Aubrey (12 April 2015). "Serian now a division". The Borneo Post. Dicapai pada 15 May 2015.