Papers by ROZITA ABDULLAH

IJASOS- International E-journal of Advances in Social Sciences, 2019
This paper highlights the social identity negotiation of Yemeni post graduate students in Malaysi... more This paper highlights the social identity negotiation of Yemeni post graduate students in Malaysian based on Tajfel and Turner social identity theory. One of the reasons that drive Yemenis to Malaysia to further their studies is due to social and religious closeness. Whether Yemenis really benefit from cultural and religious remain unknown because, the issue Yemeni students social and cultural experiences in Malaysia remains underrepresented. Thus, this study aims to explore Yemeni students and their social integration into the Malaysian society. The study was conducted in four public Malaysian universities namely, using qualitative methods approach. There were 30 interviewers for this study which took one-year time and 20 Yemenis post graduate students participated. The study revealed three salient identities among Yemenis in Malaysia which are: clear identity, ambivalent identity and transit identity. The findings show that some of these students appeared to be inclined to their o...

Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 2019
Teori tindak tutur atau teori "speech act" mengkaji kata-kata yang diucapkan yang dilihat sebagai... more Teori tindak tutur atau teori "speech act" mengkaji kata-kata yang diucapkan yang dilihat sebagai satu tindakan atau perbuatan. Pada masa yang sama, teori ini juga menyumbang kepada pemahaman penggunaan gaya dan strategi komunikasi. Artikel ini menganalisa perbandingan tindak tutur Nabi Muhammad SAW dengan golongan Badwi dan golongan Ansar. Pertama, sampel pertuturan Rasulullah, yang diambil daripada Sahih Bukhari, dianalisa menggunakan kategori tindak tutur oleh John Searle untuk melihat bagaimana fungsi pertuturan Rasulullah dengan dua golongan tersebut. Kedua, daya ilokusi Rasulullah dan implikasi pertuturan baginda berdasarkan ungkapan yang dipilih dianalisa untuk mendapatkan corak dan strategi komunikasi terhadap dua golongan tersebut. Analisa menunjukkan bahawa daya ilokusi Nabi Muhammad terhadap kaum Badwi dan Ansar dalam menyampaikan ajaran Islam adalah berbeza. Dapatan berdasarkan teori tindak tutur menunjukkan komunikasi Rasulullah bersama kaum Badwi lebih tertumpu kepada daya ilokusi arahan secara tidak langsung dengan penggunaan kata kiasan yang melambangkan cara komunikasi yang lebih sopan. Manakala ucapan tindak tutur Rasulullah kepada kaum Ansar lebih berbentuk pernyataan dan arahan secara langsung dan daya ilokusi yang lebih ekspresif. Faktor kefahaman dan kesediaan menerima ajaran Islam boleh menerangkan perbezaan pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah terhadap kedua-dua golongan ini. Masyarakat Badwi dilihat mempunyai pengetahuan yang amat sedikit atau tiada langsung berkaitan Islam dan tahap penerimaan ajaran Islam dalam kalangan mereka dilihat amat rendah. Berbeza dengan golongan Ansar, mereka sudah melakukan perjanjian angkat sumpah dengan Rasulullah sekaligus menunjukkan kesediaan dan keinginan yang tinggi untuk menerima Islam.
Uploads
Papers by ROZITA ABDULLAH