PENGENALAN Artikel ini menceritakan tentang gangguan seksual yang telah terjadi dalam kalangan ka... more PENGENALAN Artikel ini menceritakan tentang gangguan seksual yang telah terjadi dalam kalangan kanak-kanak pada hari ini dan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Berdasarkan artikel ini juga, terdapat beberapa kes yang telah berlaku antaranya ialah seorang kanak-kanak empat belas tahun telah dirogol oleh empat orang lelaki secara bergilir-gilir dan mereka juga merupakan jirannya sendiri. Empat orang lelaki ini telah memaksa kanak-kanak ini untuk melakukan seks oral dan merakam setiap situasi yang telah berlaku. Keadaan ini berlaku adalah kerana remaja tersebut terlalu percaya akan jirannya itu. Kes yang kedua menceritakan tentang seorang gadis yang telah dirogol oleh temannya dari media sosial Facebook dan juga kes sumbang mahram yang melibatkan adik beradik. Kes-kes ini telah dinyatakan oleh pihak majistret bahawa orang terdekat juga boleh melakukan sesuatu yang buruk dan berada sesutu perkara yang berada di luar jangkaan kita. Pihak majistret juga menyatakan terdapat lebih 16 orang penasihat dari jabatan tertentu telah bersetuju untuk menghadapkan kanak-kanak yang bersalah ke mahkamah. Antara faktor berlakunya kejadian seperti ini ialah perpecahan keluarga. Kes yang ketiga ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang telah didakwa merogol rakannya sendiri dimasukkan ke sekolah Henry Gurney berikutan dua orang abangnya juga telah dimasukkan ke sekolah tersebut. Oleh itu, kanak-kanak tersebut tidak terlalu peduli dimasukkan ke sekolah tersebut kerana abangnya juga telah dimasukkan ke tempat yang sama. Hal ini adalah kerana dia merasa hal itu bukanlah sesuatu perkara yang berat kerana dia sudah mempunyai ahli keluarga yang memasuki sekolah tersebut. Artikel ini juga menyatakan bahawa kebanyakan pesalah datangnya dari keluarga yang miskin, hidup dalam kehidupan yang tidak mewah dan tidak berpelajaran. Semua kes yang berlaku dikesan apabila anak mereka menunjukkan kesan-kesan telah dirogol. Seseorang yang telah dirogol pasti akan berasa risau dan berlaku sedikit perubahan terhadap diri mereka. Setiap kes yang berlaku akan dikenakan denda mengikut kes-kes dan undang-undang yang telah ditetapkan di negara kita ini.
Uploads
Papers by amani_ aman